Wednesday, 11 February, 2026
HomeBelanjawan 2026 : PBRSRM10,000 PINJAMAN PENDIDIKAN TANPA FAEDAH UNTUK BUKAN MELAYU

RM10,000 PINJAMAN PENDIDIKAN TANPA FAEDAH UNTUK BUKAN MELAYU

Dalam usaha memastikan anak Perlis mengorak langkah lebih tinggi dalam pendidikan, Kerajaan Negeri memperkukuh agenda pembangunan modal insan menerusi Inisiatif 10; Membina Insan Berilmu, Berakhlak dan Berintegriti.

Langkah ini menegaskan komitmen kerajaan untuk menyediakan akses pendidikan yang adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat, termasuk pelajar bukan Melayu.

Kerajaan Negeri menyediakan sumbangan dana pelajaran one-off untuk meringankan beban kewangan pelajar yang melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS.

Bantuan yang disediakan antaranya, dana berjumlah RM2,000 bagi Ijazah Pertama Luar Negara, RM1,200 bagi Ijazah Pertama Dalam Negara, RM1,000 bagi Diploma, RM700 bagi Matrikulasi, Asasi, Pra-Diploma dan setaraf

Sebagai alternatif kepada pinjaman PTPTN, kerajaan turut menawarkan kemudahan pinjaman pendidikan tanpa faedah melalui Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis dan Kumpulan Wang Hadiah Pelajaran Rakyat (Bukan Melayu), sehingga RM10,000 setahun mengikut peringkat pengajian.

YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli, menekankan bahawa kemudahan ini diwujudkan bagi memastikan tiada pelajar Perlis yang berhenti belajar kerana masalah kewangan.

Beliau menyeru anak-anak Perlis mengambil peluang ini untuk melangkah ke menara gading dan menggapai cita-cita.

Dengan inisiatif ini, Kerajaan Negeri berharap ia dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan negeri, sekaligus menyokong visi Perlis sebagai sebuah negeri bestari, berkebajikan, dan inklusif.

Beliau menyatakan perkara tersebut ketika membentangkan Belanjawan 2026 Negeri Perlis dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Kelima Belas, pada 9 Disember lalu.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments