Wednesday, 11 February, 2026
HomeBelanjawan 2026 : PBRSPERLIS RANCANG WUJUDKAN LAPAN PEKAN BAHARU, LUASKAN BANDAR ARAU DAN KANGAR

PERLIS RANCANG WUJUDKAN LAPAN PEKAN BAHARU, LUASKAN BANDAR ARAU DAN KANGAR

Tahun 2025 telah mencatatkan sejarah dalam pentadbiran dan pengurusan tanah di Negeri Perlis apabila Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan perluasan Bandar Kangar serta Bandar Arau dan mewujudkan lapan buah Pekan baharu di Negeri Perlis.

Menurut Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata ia sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 11 Kanun Tanah Negara.

“Perluasan bandar dan pewujudan pekan-pekan baharu ini akan memberikan impak terhadap peningkatan nilai hartanah, limpahan pembangunan ekonomi serta pembangunan dari sudut geografi,” ujarnya.

Selain itu, kesan pewujudan pekan-pekan baharu ini akan memberi impak kepada anak muda terutama dari sudut pembukaan kawasan perumahan baharu dan juga peningkatan peluang-peluang pekerjaan.

“Untuk itu, sebanyak 50 ribu ringgit diperuntukkan kepada PLANMalaysia Perlis bagi melaksanakan kajian yang merangkumi analisis fizikal, sosioekonomi dan guna tanah sedia ada serta mencadangkan intervensi pembangunan bersesuaian bagi setiap pekan kecil.

“Hasil kajian ini akan menjadi rujukan utama jabatan serta agensi pelaksana dalam perancangan projek pembangunan setempat,” ujar beliau ketika menyampaikan Ucapan Belanjawan 2026, di Kompleks Seri Putra, Kangar semalam.

Menurutnya lagi, hasil kajian ini akan menyokong dasar-dasar utama seperti Dasar Perumahan Negeri, RSN Perlis 2040 dan perancangan pembangunan luar bandar.

Usaha mewujudkan pekan baharu tersebut dilihat sebagai usaha penting Kerajaan Negeri dalam merealisasikan manifesto Perikatan Nasional Perlis dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments