Dalam tahun 2025 Kerajaan Negeri Perlis telah berjaya menyelesaikan 738 permohonan hak milik tanah daripada individu dan agensi.
Menurut Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri Ramli berkata Kerajaan Negeri telah meluluskan 333 permohonan pemberimilikan daripada individu dan lapan daripada agensi.
“Kerajaan Negeri juga telah meluluskan pelanjutan bayaran premium melalui Notis 5A kepada 397 orang pemohon,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam Ucapan Belanjawan 2026 dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Kelima Belas, di Kompleks Seri Putra, semalam.
