Wednesday, 11 February, 2026
HomeUmumLEBIH 2000 SERTAI HARI CUCI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERLIS

LEBIH 2000 SERTAI HARI CUCI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERLIS

Lebih 2,000 sukarelawan hadir menjayakan Hari Cuci Malaysia Peringkat Negeri Perlis 2025 yang berlangsung serentak di 15 lokasi sekitar negeri ini 27 September yang lalu.

Program berkenaan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Bahagian Kerajaan Tempatan dengan kerjasama pelbagai jabatan termasuk Majlis Perbandaran Kangar, JKR, JPS, SWCorp, E-Idaman serta Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ustaz Asrul Aimran, EXCO Kerajaan Tempatan, di Dataran IMAB Kuala Perlis.

Pihak penganjur pada awalnya menyasarkan penyertaan 500 orang, namun jumlah peserta melonjak kepada 2,118 orang, melebihi jangkaan.

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti kerjasama masyarakat dan semangat sukarelawan yang tinggi.

Beliau turut mengingatkan bahawa kebersihan adalah tuntutan agama, di mana Allah SWT menjanjikan syurga bagi sesiapa yang menyingkirkan halangan daripada jalan demi memudahkan umat Islam.

“Tahniah dan syabas kepada semua agensi yang terlibat.

“Semangat sebegini membuktikan rakyat Perlis sentiasa bersama dalam usaha mewujudkan negeri yang bersih dan sejahtera,” katanya dalam ucapan Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis kelmarin.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments