Wednesday, 11 February, 2026
HomeUmumLIGA YB DUN TITI TINGGI BUKA RUANG BAKAT MUDA BOLA SEPAK

LIGA YB DUN TITI TINGGI BUKA RUANG BAKAT MUDA BOLA SEPAK

Majlis Pengenalan Pemain dan Pelancaran Jersi Pasukan Liga YB DUN Titi Tinggi disifatkan sebagai platform penting untuk mengangkat bakat baharu serta memperkukuh semangat kesukanan di negeri ini.

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata demikian ketika merasmikan majlis berkenaan pada Ahad, 28 September 2025, di Dewan Serbaguna Felda Mata Ayer.

Beliau menegaskan penganjuran liga ini bukan sahaja menonjolkan pasukan dan jersi baharu, malah berperanan sebagai wadah penyatuan masyarakat melalui sukan bola sepak.

Menurutnya, bola sepak mempunyai kekuatan unik sebagai sukan nombor satu rakyat Malaysia yang mampu menyatukan komuniti tanpa mengira latar belakang, baik di bandar mahupun kampung.

“Liga ini membuka ruang kepada anak muda untuk menonjolkan kebolehan, meningkatkan disiplin, membina semangat berpasukan, serta mengelak diri daripada gejala yang tidak sihat,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut menitipkan beberapa pesanan kepada pemain agar menjadikan setiap perlawanan sebagai medan untuk berjuang dengan disiplin tinggi, semangat kesukanan dan rasa hormat terhadap lawan.

Selain itu, beliau menegaskan jersi baharu yang diperkenalkan wajar dijadikan lambang maruah, identiti dan semangat juang pasukan Liga YB DUN Titi Tinggi.

Mohd Shukri yakin dengan perancangan teliti serta bimbingan pengurusan dan jurulatih, pasukan berkenaan berpotensi melangkah lebih jauh sekali gus mengembalikan semangat bola sepak di Perlis.

“Terima kasih kepada penaja, rakan strategik dan sukarelawan yang menjayakan penganjuran ini.

“Sokongan padu anda amat bermakna dalam memajukan bola sepak negeri,” tambahnya.

Majlis yang berlangsung penuh meriah itu turut dihadiri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap ADUN Titi Tinggi, YB Izizam Ibrahim, pimpinan masyarakat setempat serta barisan pemain dan pengurus pasukan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments