Wednesday, 11 February, 2026
HomeUmumPEMBANGUNAN STRATEGIK PERLIS UNTUK TINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT

PEMBANGUNAN STRATEGIK PERLIS UNTUK TINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT

Kerajaan Negeri Perlis menekankan enam projek berimpak tinggi yang digariskan dalam Draf Rancangan Struktur Negeri (RSN) Perlis 2040 sebagai pemacu pembangunan strategik negeri bagi menjamin taraf hidup rakyat.

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, projek tersebut ialah Chuping Valley Industrial Area (CVIA), Perlis Inland Port (PIP), FGV Chuping Agro Valley, Pauh Putra Technology Park, Perlis Sentral serta Pelabuhan Sanglang.

“Projek ini akan menjadikan Perlis sebuah negeri strategik dengan daya tarikan pelaburan dalam sektor industri, logistik, agro, teknologi dan pelancongan.

“Malah ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk anak muda tempatan,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu dalam Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RSN Perlis 2040 (Kajian Semula) dan Majlis Pelancaran Pelan Bandar Pintar Negeri Perlis 2030 di Dewan 2020, Kangar, semalam.

Menurutnya, kedudukan Perlis yang bersempadan dengan Thailand memberi kelebihan dalam promosi produk sempadan, pelancongan serta perkhidmatan sokongan, sekali gus memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri.

Namun, beliau menegaskan pembangunan tidak boleh hanya berfokus kepada infrastruktur semata-mata, sebaliknya ia perlu diselarikan dengan pemeliharaan alam sekitar, peningkatan modal insan dan pembentukan jati diri rakyat.

“Hasrat kita ialah melahirkan modal insan berkemahiran, membasmi kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Hanya dengan cara ini Perlis akan benar-benar menjadi negeri progresif, sejahtera dan berpendapatan tinggi menjelang 2040,” katanya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments