Wednesday, 11 February, 2026
HomeUmumADUN BESERI TEGUR SIKAP SAMBIL LEWA PEMASANGAN JALUR GEMILANG

ADUN BESERI TEGUR SIKAP SAMBIL LEWA PEMASANGAN JALUR GEMILANG

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri, Haziq Asyraf menegur sikap sambil lewa dalam pemasangan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan apabila masih ada segelintir pihak yang memasang bendera secara terbalik.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup dalam Majlis Perarakan Kemerdekaan Peringkat DUN Beseri yang diadakan semalam.

Perarakan itu bermula di Padang Taman Emas dan berakhir di perkarangan Surau Perkema Seri Berangan.

Menurut beliau, Jalur Gemilang adalah lambang maruah negara yang mesti dihormati, justeru setiap pihak perlu memasangnya dengan penuh tertib.

“Makna kemerdekaan bukan hanya kita raikan, tetapi perlu dizahirkan melalui kecintaan kepada agama, bangsa dan negara. Jangan sampai kita lalai terhadap simbol negara sendiri,” tegasnya.

Beliau turut menekankan bahawa semangat patriotisme harus disemai bukan sahaja melalui sambutan perarakan, tetapi juga melalui penghormatan terhadap bendera yang menjadi lambang kedaulatan negara.

Perarakan semalam disertai masyarakat setempat bersama agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, NGO Pemadam, Jabatan Kesihatan, Angkatan Tentera Kem 504 Wataniah, serta Pejabat Tekun.

Haziq Asyraf dalam ucapannya turut menyeru agar perpaduan terus diperkukuh demi mengekalkan keamanan dan keharmonian negara.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments