Wednesday, 11 February, 2026
HomeUmumPERLIS SEDIAKAN PERKHIDMATAN SHUTTLE BAS & VAN PERCUMA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN...

PERLIS SEDIAKAN PERKHIDMATAN SHUTTLE BAS & VAN PERCUMA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68

Orang ramai yang berhasrat memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Perlis pada tahun ini boleh menikmati kemudahan pengangkutan percuma melalui perkhidmatan shuttle bas dan van yang disediakan khas oleh pihak penganjur.

Perkhidmatan ini diwujudkan bagi memudahkan pergerakan para pengunjung ke lokasi sambutan selain mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar.

Menurut kenyataan Seksyen Komunikasi Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, perkhidmatan berkenaan akan bermula seawal jam 7.00 pagi di tiga lokasi utama iaitu Terminal Bas Kangar Sentral ke Flyover Kangar Jaya, Kompleks Seri Putra ke jalan hadapan Anamuda Tomyam, Seriab serta dari Dewan 2020 ke lokasi sama.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk hadir lebih awal agar perjalanan ke lokasi berlangsung dengan lancar dan terkawal.

Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan keselesaan rakyat serta memberi ruang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama meraikan detik bersejarah yang penuh bermakna ini.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments