Wednesday, 11 February, 2026
HomePendidikanPELAJAR CEMERLANG DUN KAYANG DIRAIKAN

PELAJAR CEMERLANG DUN KAYANG DIRAIKAN

YB Asrul Aimran Abd Jalil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kayang telah meraikan para pelajar cemerlang yang berjaya dalam peperiksaan SPM, STPM dan STAM pada Majlis Anugerah Kecemerlangan yang diadakan di Kangar Jaya pada 8 Ogos 2025 (Jumaat), jam 3.00 petang.

Kesemua penerima anugerah merupakan pelajar yang tinggal dalam kawasan Kayang, mewakili pelbagai sekolah di seluruh Negeri Perlis.

Antara pencapaian tertinggi tahun ini ialah keputusan SPM 10A dan STPM dengan PNGK 4.00, sekali gus menjadi kebanggaan masyarakat setempat.

Majlis tersebut bertujuan menghargai usaha dan kejayaan mereka di samping memberi dorongan kepada generasi muda untuk terus cemerlang dalam akademik.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Haji Radzi bin Hasan, Pengarah DUN Kayang dan Tuan Mohd Nasir bin Ismail, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perlis.

Dalam ucapan beliau, Asrul Aimran merakamkan tahniah kepada semua penerima dan berpesan agar ilmu yang diperoleh dimanfaatkan sebaiknya.

“Jadilah manusia yang berguna dalam segala bidang yang kita ceburi dan berbuatlah kebaikan kepada manusia sehingga orang akan ingat kita sampai mati serta belajarlah setinggi mana pun, jangan lupa kembali berbakti kepada negeri asal usul kita,” ujar beliau.

Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian sumbangan, sijil penghargaan dan sesi bergambar kenangan bersama para penerima anugerah serta keluarga masing-masing.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments