Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad menyeru agar tindakan tegas diambil bagi membanteras gejala buli yang semakin membimbangkan di asrama sekolah.
Menurut beliau, persekitaran asrama sepatutnya menjadi tempat selamat dan membina, namun budaya buli telah memusnahkan keyakinan diri serta menjejaskan emosi dan prestasi pelajar.
“Budaya senioriti melampau, kurang pengawasan, dan tiada empati antara punca utama buli terus berlaku.
Kita tidak boleh berdiam diri,” tegas beliau.
Langkah pencegahan yang disyorkan termasuklah:
1) Tindakan disiplin tegas dan adil.
2) Pendidikan kesedaran anti-buli.
3) Saluran aduan yang selamat.
4) Pemantauan oleh warden dan guru.
5) Penerapan nilai hormat dan belas ihsan.
“Buli bukan budaya kita.
Hentikan buli sekarang,” tegasnya lagi.
Beliau mengelurkan kenyataan berikut melalui Facebook rasminya – Wan Badariah Official, semalam.
