Exco Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, YB Datin Marzita Mansor turun menyampaikan Bantuan Bencana Kebakaran kepada Encik Ahmad bin Md Jusoh di Taman Wai Permai, Kuala Perlis pada Rabu, 4 Jun lalu.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, kediaman tersebut telah terbakar sehingga 75 peratus.
Penyerahan bantuan ini turut disertai oleh Exco Kerajaan Negeri Perlis merangkap ADUN Kuala Perlis, YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis, Yang Berusaha Tuan Ku Chik bin Ku Mat Esa serta beberapa pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.
“Semoga Encik Ahmad dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini,” ujar YB Marzita.
Tambahnya beliau berharap agar bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban yang ditanggung.
“Semoga ujian ini menguatkan semangat kita semua dan menjadi peringatan tentang pentingnya keprihatinan serta sokongan bersama dalam menghadapi musibah,” katanya.