Monday, 16 June, 2025
HomeKebajikanKERAJAAN NEGERI PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN DI BESERI

KERAJAAN NEGERI PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN DI BESERI

Exco Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, YB Datin Marzita binti Mansor hari ini telah menyampaikan bantuan kepada Encik Nu’man Kamil bin Nordin di lokasi kejadian berhampiran Jalan Sekolah Tunjung, Beseri pada Rabu, 4 Jun lalu.

Bantuan tersebut disalurkan susulan insiden kebakaran yang berlaku pada jam 3 petang, 3 Jun lalu, yang telah memusnahkan sebuah rumah milik Encik Nordin bin Muhammad, seorang pensyarah UiTM yang kini uzur akibat penyakit angin ahmar dan mengalami kelumpuhan.

Dalam lawatan tersebut, YB Datin Marzita turut menziarahi Encik Nordin yang kini menumpang di kediaman anaknya selepas kehilangan tempat tinggal.

“Saya mendoakan agar Encik Nordin dan keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini, apatah lagi ketika kita bakal menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi,” ujar beliau.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah ADUN Beseri, YB Tuan Haziq Asyraf Dun; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis, Tuan Ku Chik bin Ku Mat Esa serta pegawai-pegawai JKM Perlis.

“Kita berharap agar bantuan yang disampaikan dapat meringankan beban keluarga mangsa dan menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan terhadap rakyat yang dilanda musibah,” tambahnya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments