Program Halaqah Ilmiah anjuran Kerajaan Negeri Perlis diteruskan dalam siri ke-15 dengan pengisian bertemakan “Erti Sebuah Pengorbanan”, sempena Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
Majlis akan berlangsung pada hari Sabtu, 31 Mei 2025 bermula jam 8.30 pagi berempat di Dewan Residensi, Kediaman Rasmi Menteri Besar Perlis, Kangar.
Menariknya, bagi edisi kali ini, pihak penganjur menampilkan Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad bin Ali, mantan pensyarah Universiti Islam Brunei, sebagai ahli panel jemputan.
Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang usul fikh dijangka akan menyampaikan tajuk tersebut dengan kupasan terperinci dan tuntas untuk para hadirin.
Halaqah Ilmiah merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam memupuk budaya ilmu dalam kalangan masyarakat, di samping membina asas kefahaman Islam yang kukuh berpaksikan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah.
Seluruh lapisan masyarakat, khususnya muslimin dan muslimat di Negeri Perlis, dijemput hadir untuk mengimarahkan majlis ilmu ini yang penuh dengan keberkatan.