Monday, 16 June, 2025
HomePentadbiranKDNK PERLIS MENINGKAT KEPADA RM6.3 BILION - MB PERLIS

KDNK PERLIS MENINGKAT KEPADA RM6.3 BILION – MB PERLIS

Perlis mencatat peningkatan 2.1 peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu berjumlah RM6.3 bilion pada tahun 2023 berbanding RM6.2 bilion pada tahun sebelumnya.

“Perlis terus melangkah maju dengan tumpuan jelas terhadap pemerkasaan hasil negeri sebagai tunjang utama pembangunan ekonomi”, kata Menteri Besar Perlis dalam ucapannya sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis di Istana Arau pada Sabtu, 17 Mei 2025.

Mengulas pencapaian negeri, beliau menyatakan pelaksanaan dasar baharu seperti Perlisku Bestari Berkat Lestari, Rancangan Struktur Negeri Perlis dan Pelan Pembangunan Negeri telah membawa hasil yang baik.

Antaranya penglibatan langsung Perlis dalam industri semikonduktor yang berpotensi mencipta peluang pekerjaan dan menarik pelabur antarabangsa.

“Pembukaan kilang Jabil Sdn. Bhd. di Chuping dijangka menjadi pemangkin utama kepada pembangunan industri di kawasan Chuping Valley Industrial Area (CVIA),” katanya.

Selain itu, projek berimpak tinggi seperti Perlis Inland Port (PIP) dan pembinaan kampus UniKL-ASTI dijangka merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri.

“Kerajaan negeri menumpukan kepada penanaman cili fertigasi dan jagung manis, dengan pemantauan bulanan bagi memastikan manfaat program ini sampai terus kepada rakyat,” katanya lagi.

Sektor pertanian pula menyumbang RM1.10 bilion dengan pertumbuhan 4.1 peratus, manakala sektor perlombongan dan pengkuarian meningkat 5.2 peratus.

Sektor pelancongan turut mencatat pertumbuhan ketara, didorong peningkatan pelawat domestik dari 2.99 juta pada 2024 kepada sasaran 3.5 juta tahun ini.

Kesan langsungnya, berlaku lonjakan subsektor penginapan dan makanan, masing-masing mencatat pertumbuhan 22.8 peratus dan 1.8 peratus, menyumbang 5.4 peratus kepada sektor perkhidmatan.

“Akhir sekali, Kerajaan Negeri juga akan melanjutkan kempen Tahun Melawat Perlis seiring Tahun Melawat Malaysia 2026 demi memastikan momentum ini terus dipacu,” ujar beliau.

 

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments