Monday, 16 June, 2025
HomeKebajikanMB PERLIS ZIARAH ANGGOTA FRU YANG TERLIBAT KEMALANGAN DI PERAK

MB PERLIS ZIARAH ANGGOTA FRU YANG TERLIBAT KEMALANGAN DI PERAK

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hari ini menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan anggota keselamatan apabila menziarahi Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq bin Rozi, 26, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang cedera dalam satu kemalangan baru-baru ini.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah EXCO Kebajikan Negeri, YB Marzita Mansor, Ketua Polis Negeri Perlis, Dato’ Muhammad Abdul Halim serta barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Senam, ketika dalam perjalanan pulang ke Ipoh usai menjalankan tugas kawalan sempena perarakan Hari Wesak.

Menurut laporan, Muhammad Aniq tersepit dalam kenderaan sebelum berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Keadaannya kini dilaporkan stabil.

Lawatan tersebut bukan sahaja menyampaikan sokongan moral kepada Muhammad Aniq, bahkan turut memberi semangat kepada isterinya dan bayi lelaki mereka yang baru berusia empat bulan.

Kehadiran kepimpinan negeri bersama barisan tertinggi PDRM ini mencerminkan solidariti dan tanggungjawab bersama dalam menjaga kebajikan anggota yang berkhidmat di barisan hadapan.

Ziarah itu juga menyerlahkan nilai kemanusiaan serta semangat setiakawan dalam kalangan pasukan keselamatan dan pentadbiran negeri, sekali gus mengangkat martabat kebajikan sebagai tunjang pentadbiran yang prihatin.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments