Monday, 16 June, 2025
HomeKesihatanTERIMA KASIH JURURAWAT: EXCO KESIHATAN HARGAI PENGORBANAN WARGA KESIHATAN

TERIMA KASIH JURURAWAT: EXCO KESIHATAN HARGAI PENGORBANAN WARGA KESIHATAN

Sempena sambutan Hari Jururawat, Exco Kesihatan Negeri Perlis, YB Datin Marzita binti Mansor, telah meluangkan masa meraikan para jururawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam menjaga kesihatan rakyat.

Dalam kunjungan tersebut, YB Datin Marzita menyampaikan ucapan penuh penghargaan kepada seluruh warga jururawat yang bertugas dengan penuh dedikasi dan komitmen tinggi, tanpa mengenal erti penat lelah.

Menurut beliau, jururawat merupakan tunjang utama dalam sistem kesihatan negara kerana mereka bukan sahaja menjalankan rawatan, malah menjadi sumber kekuatan, semangat dan harapan kepada para pesakit.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Zuria binti Hj Din, Ketua Penyelia Jururawat Hospital, atas usaha beliau mengaturkan pertemuan ini dengan begitu lancar dan teratur,” ujar beliau.

Beliau turut mendoakan agar semua jururawat sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan mental dan fizikal, serta terus berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT dalam menjalankan amanah mereka.

“Selamat Hari Jururawat! Terima kasih atas segala khidmat bakti, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan demi kesejahteraan rakyat,” kata beliau mengakhiri ucapannya.

Sambutan ini turut mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perlis terhadap kebajikan petugas kesihatan yang telah sekian lama menjadi benteng hadapan dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

 

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments