Monday, 16 June, 2025
HomeKomunitiKERAJAAN PERLIS HARGAI SUMBANGAN MASYARAKAT BUDDHA

KERAJAAN PERLIS HARGAI SUMBANGAN MASYARAKAT BUDDHA

Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada masyarakat beragama Buddha atas sumbangan berterusan dalam pembangunan sosial, budaya dan ekonomi negeri, khususnya melalui kerjasama erat dengan pihak kerajaan.

Penghargaan tersebut disampaikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Perlis, Encik Sombun Crem sempena Majlis Bersama Masyarakat Buddha Perlis yang berlangsung malam semalam di Perlis Buddhist.

Dalam majlis tersebut, masyarakat Buddha ditegaskan sebagai sebahagian penting dalam landskap etnik negeri Perlis yang kaya dengan kepelbagaian dan keharmonian kaum.

Sokongan mereka dalam pelbagai aktiviti termasuk sambutan keagamaan dan kebudayaan turut dilihat sebagai aktiviti yang menyumbang kepada sektor pelancongan dan perpaduan negeri.

Kerajaan negeri juga memberi jaminan bahawa setiap komuniti, tanpa mengira latar belakang kaum atau agama, akan terus diberi perhatian dalam pelbagai aspek pembangunan, termasuk pendidikan, kebajikan dan ekonomi.

Sebagai bukti komitmen kerajaan terhadap kepelbagaian ini, pelantikan pegawai khas bagi mewakili masyarakat Buddha turut diumumkan sebagai langkah memperkukuh penyertaan semua kaum dalam agenda pembangunan negeri.

Majlis diakhiri dengan ucapan tahniah kepada pihak penganjur dan harapan agar masyarakat Buddha terus memainkan peranan aktif dalam menjayakan visi bersama untuk kemajuan dan kesejahteraan Perlis.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Tan San Chin, Pengerusi Perlis Buddhist Society.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments