Friday, 23 May, 2025
HomeUmumPERLIS RANGKA PELAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MELIBATKAN RM364 JUTA

PERLIS RANGKA PELAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MELIBATKAN RM364 JUTA

Kerajaan Negeri Perlis telah mengemukakan cadangan permohonan projek pembangunan luar bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi Rolling Plan Pertama (RP1) Tahun 2026, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menurut EXCO Pembangunan Luar Bandar, Abu Bakar Hamzah, jumlah siling semasa yang dipohon bagi pelaksanaan projek-projek tersebut adalah sebanyak RM364.1 juta.

Cadangan ini merangkumi tujuh projek pembangunan yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi di negeri ini.

Empat daripada projek berkenaan adalah Projek Jalan Luar Bandar (JALB) yang dikemukakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis.

Selain itu, dua projek lagi melibatkan sistem retikulasi air yang dikemukakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Manakala satu lagi projek pembangunan sosial masyarakat (MAT Social) telah dikemukakan oleh Bahagian Pentadbiran Daerah Negeri Perlis.

Beliau menyatakan perkara ini ketika menjawab dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis ke-15 yang berlangsung pada hari Khamis, 24 April 2025.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments