Friday, 23 May, 2025
HomeKesihatanHTF PEROLEH AKSES LAWATAN PAKAR

HTF PEROLEH AKSES LAWATAN PAKAR

Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kini mempunyai akses kepada perkhidmatan visiting specialist atau lawatan kepakaran dan subkepakaran daripada hospital-hospital rujukan utama seperti Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar dan Hospital Pulau Pinang.

Perkara tersebut diumumkan oleh EXCO Kesihatan Perlis, Datin Marzita Mansor dalam sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Penggal Ketiga yang berlangsung semalam, Rabu, 23 April 2025.

Menurut Marzita Mansor, pelaksanaan inisiatif lawatan kepakaran ini merupakan antara langkah proaktif kerajaan negeri bagi mengurangkan beban rakyat yang memerlukan rawatan pakar, khususnya dalam bidang kepakaran tertentu yang belum tersedia sepenuhnya di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri berusaha agar pakar-pakar dari hospital rujukan dapat datang terus ke HTF bagi memberikan perkhidmatan kepada pesakit di Perlis, sekaligus memudahkan urusan rawatan tanpa perlu merujuk ke negeri lain.

“Inisiatif ini bertujuan memperkukuhkan akses kepada perkhidmatan kesihatan pakar dalam kalangan penduduk Perlis, supaya mereka tidak perlu keluar dari negeri ini semata-mata untuk mendapatkan rawatan lanjutan,” jelas beliau.

Langkah tersebut juga sejajar dengan komitmen kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan dan memastikan kebajikan rakyat terus terbela, terutamanya golongan berpendapatan rendah yang mungkin menghadapi kesukaran dari segi kos dan logistik untuk mendapatkan rawatan luar negeri.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments