Friday, 23 May, 2025
HomeUmumRAJA PERLIS ZAHIR PENGHARGAAN, TITAH FOKUS MASA DEPAN DAN HINDARI PERKARA REMEH

RAJA PERLIS ZAHIR PENGHARGAAN, TITAH FOKUS MASA DEPAN DAN HINDARI PERKARA REMEH

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis, menitipkan pesanan penuh makna kepada seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri agar sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat dan mengelakkan daripada memperbesarkan perkara remeh-temeh.

Pesanan tersebut disampaikan dalam titah baginda sempena Majlis Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 yang berlangsung di Kompleks DUN Perlis pada Isnin, 22 April 2024.

“Beta ingin menasihatkan supaya kita semua memberikan fokus kepada perkara penting berhubung masa hadapan negeri dan rakyat sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini dan menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh kerana rakyat sentiasa memerhati dan menilai setiap tingkah laku wakil rakyat yang mereka pilih,” titah baginda.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Sirajuddin turut menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada seluruh barisan pemimpin negeri dan anggota pentadbiran atas kejayaan menganjurkan sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda serta ulang tahun ke-82 baru-baru ini.

Baginda turut menzahirkan harapan agar seluruh warga Perlis terus bersatu hati dan berusaha merealisasikan matlamat negeri ke arah kemajuan menyeluruh dan mampan.

“Semoga hasrat kita ke arah ‘Perlisku Bestari Berkat Lestari’ akan tercapai dengan jayanya,” titah baginda.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments