Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat ke Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, Kangar sempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Ketiga, DUN Perlis Ke-15, di sini, pagi ini.
Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ke majlis tersebut.
Majlis dimulakan dengan Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Dataran Kompleks DUN Perlis sebelum Duli-duli Tuanku serta dif-dif kehormat masuk ke perkarangan kompleks untuk melawat Pameran Galeri 25 Tahun Pemerintahan DYMM Tuanku Raja Perlis.