Friday, 23 May, 2025
HomeUmumKANGAR KINI BANDAR PINTAR TAHAP 1, PERLIS SASAR STATUS VISIONARY SMART CITY

KANGAR KINI BANDAR PINTAR TAHAP 1, PERLIS SASAR STATUS VISIONARY SMART CITY

Perlis kini secara rasmi berada di landasan bandar pintar apabila Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menerima penarafan Smart City Early Adopter pada 28 Oktober lalu.

Penarafan itu menjadikan MPK antara 18 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan tersebut.

Perkara tersebut dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis, dalam titah ucapan baginda sempena Majlis Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 yang berlangsung di Kompleks DUN Perlis pada hari ini, 22 April 2024.

“Tahniah dan syabas, penarafan ini adalah permulaan negeri Perlis sebelum mencapai keseluruhan empat tahap lengkap bandar pintar,” titah baginda.

Empat tahap yang dimaksudkan merangkumi Smart City Early Adopter, Developing Smart City, Leading Smart City dan Visionary Smart City, sebagaimana ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Baginda juga memetik keperluan bagi pelaksanaan Pelan Bandar Pintar Negeri Perlis, pembangunan Perlis Integrated Command Center (PiCC) serta penubuhan Unit Bandar Pintar di MPK sebagai langkah penting dalam mencapai matlamat tersebut.

Selain itu, Perlis turut menunjukkan kemajuan ekonomi dengan pembukaan kilang Jabil Circuit Sdn. Bhd. pada 7 April lalu dan pengoperasian Perlis Inland Port (PIP) dalam masa terdekat.

Pembinaan Sanglang Port yang dirancang dalam RMK-13 dijangka memperkukuh lagi peranan Perlis sebagai hab eksport kargo darat.

“Kesemua fasa pembangunan ini akan menjadikan negeri Perlis dalam tahun yang mendatang ini menyaksikan perubahan sektor ekonomi yang lebih progresif,” titah Tuanku.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments