Friday, 23 May, 2025
HomeUmumTAKZIAH KEPADA KELUARGA TUN ABDULLAH , PERLIS KIBAR BENDERA SEPARUH TIANG ...

TAKZIAH KEPADA KELUARGA TUN ABDULLAH , PERLIS KIBAR BENDERA SEPARUH TIANG – MB PERLIS

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah kembali ke rahmatullah pada petang semalam, 14 April 2025.

Menurut beliau, Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah merupakan tokoh penting yang menyumbang secara langsung kepada pembangunan negeri-negeri di utara Semenanjung, termasuk Perlis.

“Tun Abdullah antara pemimpin yang mencetuskan idea penubuhan Koridor Utara (NCER), yang menjadi pemangkin pembangunan wilayah utara.

“Hasil perancangan itu, kita dapat lihat pelbagai kemajuan dalam sektor infrastruktur, pelaburan dan ekonomi tempatan termasuk di Perlis,” katanya.

“Tun banyak menyumbang secara tidak langsung kepada kelangsungan pembangunan negeri ini.

“Kita amat menghargai jasa beliau, dan pemergian beliau satu kehilangan besar buat rakyat Perlis,” katanya lagi.

Susulan pemergian tokoh negara itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri Perlis mengarahkan bendera negeri dikibarkan separuh tiang sebagai tanda penghormatan.

“Kita telah mendapat perkenan DYTM Tuanku Raja Perlis untuk mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan kepada jasa dan sumbangan besar Tun Abdullah kepada negara dan negeri ini,” ujarnya.

Mohd Shukri Ramli berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Perlis di pejabat MUBARAK, Kangar, tengah hari ini.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments