Friday, 23 May, 2025
HomeUmum35,000 HADIR MERIAHKAN MAJLIS AIDILFITRI MB PERLIS & KERAJAAN NEGERI

35,000 HADIR MERIAHKAN MAJLIS AIDILFITRI MB PERLIS & KERAJAAN NEGERI

Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis yang diadakan di Dewan 2020 pada hari Sabtu, 12 April 2025, telah mencatatkan sambutan luar biasa apabila lebih 35,000 pengunjung hadir memeriahkan acara tahunan itu.

Majlis tersebut diserikan dengan keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, DYMM Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, serta dua orang puteri baginda, Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah dan Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana.

Majlis yang berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 3.00 petang itu diserikan dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat berbilang bangsa dan agama.

Kanak-kanak merupakan antara yang paling teruja apabila menerima sumbangan duit raya yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar serta barisan EXCO kerajaan negeri dalam suasana mesra dan penuh keceriaan.

EXCO Penerangan Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil berkata majlis ini memberi ruang kepada rakyat untuk berinteraksi secara langsung dengan pemimpin negeri dalam suasana yang harmoni dan penuh kebersamaan.

“Kita harap majlis seperti ini memberi makna yang besar dengan kehadiran kepimpinan Kerajaan Negeri Perlis bersama seluruh rakyat jelata yang turut sama meraikan Aidilfitri.”

Selain pemberian duit raya, para pengunjung turut dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa seperti daging rusa, kambing golek, sate, lemang, ketupat, rendang, pulut Harumanis yang menjadi kebanggaan negeri ini.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran agensi kerajaan, NGO, pelajar serta pelancong dari dalam dan luar negeri yang hadir memeriahkan sambutan Aidilfitri di Perlis.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments