Sempena sambutan Hari Polis pada 25 Mac 2025 baru-baru ini, angota polis di Perlis telah dihargai dengan satu tanda penghargaan daripada EXCO Perpaduan, YB Puan Wan Badariah yang juga merupakan ADUN Mata Ayer.
Lima balai yang menerima bunga sebagai tanda penghargaan ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, Ibu Pejabat Polis Daerah Arau, Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar, Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar dan Balai Polis Mata Ayer.
Penyampaian bunga tersebut adalah sebahagian daripada usaha untuk menunjukkan rasa terima kasih dan menghormati pengorbanan serta dedikasi yang diberikan oleh pasukan polis dalam memastikan keselamatan dan keamanan komuniti.