Thursday, 22 May, 2025
HomeKebajikanSEMARAK KASIH RAMADAN AZ-ZAHRA DUN KAYANG

SEMARAK KASIH RAMADAN AZ-ZAHRA DUN KAYANG

Isteri YAB Menteri Besar Perlis, Puan Najwa Othman bersama isteri YB ADUN Kayang, Puan Syazwani Abu Bakar telah menyempurnakan Program Semarak Kasih Ramadan Az-Zahra yang berlangsung di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kayang, pada 6 Mac 2025 yang lalu.

Program anjuran Persatuan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional Negeri Perlis (Az-Zahra) ini merupakan acara tahunan yang bertujuan menyantuni masyarakat setempat, khususnya mereka yang memerlukan.

Sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, telur dan barangan dapur yang lain disampaikan bagi meringankan beban mereka sepanjang bulan Ramadan.

Syazwani Abu Bakar dalam pada itu turut menzahirkan rasa prihatin terhadap cabaran yang dihadapi penerima sumbangan.

“Semoga bantuan ini menceriakan Ramadan mereka serta dipandang sebagai amal kebajikan di sisi Allah,” ujarnya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments