Friday, 23 May, 2025
HomeKebajikanZIARAH KASIH RAMADAN MUSLIMAT DUN SANTAN

ZIARAH KASIH RAMADAN MUSLIMAT DUN SANTAN

Sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini, ADUN Santan, YB Muhammad Azmir Azizan bersama isteri mengadakan program ziarah kasih bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama masyarakat, khususnya kaum wanita.

Program Ziarah Kasih Ramadan Muslimat diadakan di beberapa kawasan lokaliti Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) dalam DUN Santan.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan ADUN Santan terhadap kebajikan kaum wanita di kawasannya.

Beliau turut mengadakan lawatan rumah ke rumah serta kunjungan ke pusat komuniti, tempat wanita mengadakan aktiviti sosial.

Muhammad Azmir berkata, objektif utama program ini adalah untuk memberi sokongan moral dan menyampaikan bantuan, terutama sekali kepada golongan wanita yang kurang berkemampuan menjelang Aidilfitri.

ADUN Santan itu turut menyatakan, bahawa program seperti ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi material tetapi juga mempereratkan ukhuwah antara wakil rakyat dan masyarakat.

“Program ziarah ini juga memberi ruang kepada ADUN Santan untuk mendengar keluhan, harapan, dan cadangan dari masyarakat, khususnya kaum wanita, mengenai pelbagai isu yang mereka hadapi”.

“Dengan melakukan ziarah sebegini, hubungan antara wakil rakyat dan penduduk dapat lebih diperkukuhkan,” ujarnya lagi.

Dengan pelaksanaan program Ziarah Kasih Ramadan Muslimat ini, ADUN Santan berharap agar masyarakat lebih peka terhadap keperluan dan kesejahteraan sesama mereka, khususnya wanita yang memainkan peranan penting dalam membangunkan keluarga dan komuniti.

 

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments