Friday, 23 May, 2025
HomeKebajikan72 INDIVIDU TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI

72 INDIVIDU TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI

Seramai 67 individu menerima sumbangan pek makanan pada hari ini, 26 Mac 2025, bersempena sambutan Aidilfitri dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Khidmat YAB Menteri Besar Perlis, DUN Indera Kayangan, pagi tadi.

Sumbangan pek makanan tersebut merupakan inisiatif daripada YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Penyampaian sumbangan pek makanan tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Mustaqim Abdullah, yang mewakili YAB Menteri Besar.

Menurut Mustaqim Abdullah, program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban penerima menjelang perayaan Aidilfitri, selain sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Dalam pada itu, ahli-ahli Persatuan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional Negeri Perlis (Az Zahra) juga turut hadir untuk menyerahkan sumbangan duit raya kepada lima orang ibu tunggal sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Program ini membuktikan usaha berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian, selaras dengan agenda pembangunan sosial negeri Perlis.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments