Thursday, 22 May, 2025
HomeKebajikanCAKNA KASIH ADUN SENA : KEPRIHATINAN SAMPAI KE PINTU RUMAH

CAKNA KASIH ADUN SENA : KEPRIHATINAN SAMPAI KE PINTU RUMAH

ADUN Sena, Datin Marzita Mansor, meneruskan komitmennya dalam menjaga kebajikan rakyat apabila turun padang menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada dua penerima yang memerlukan dalam Program Cakna Kasih.

Beliau terlebih dahulu melawat Pak Sabu, seorang penduduk yang baru sahaja berjaya menjalani pembedahan.

Dalam lawatan tersebut, Datin Marzita bukan sahaja menyerahkan sumbangan kerusi roda, malah turut memberikan kata-kata semangat serta menzahirkan keprihatinan terhadap kesihatan dan kesejahteraan beliau.

Seterusnya, Datin Marzita meneruskan perjalanan ke Taman Gasing untuk menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada Kak Azizah Salleh, yang dilaporkan kurang sihat.

Keprihatinan beliau terhadap kesejahteraan rakyat Sena jelas tergambar melalui usaha berterusan dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan.

Menurut Datin Marzita, Program Cakna Kasih merupakan satu inisiatif berterusan yang membolehkan beliau mendekati masyarakat serta mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh penduduk setempat.

“Maklumat tentang kesusahan rakyat ini kita dapat apabila kita turun padang dan berjumpa dengan mereka sendiri”, ujarnya.

Beliau turut menyeru agar rakyat Sena lebih cakna terhadap keadaan jiran tetangga dan segera menyampaikan maklumat kepada beliau atau Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Sena supaya bantuan dapat disalurkan dengan segera.

Beliau juga menekankan kepentingan semangat kejiranan dan kerjasama dalam masyarakat bagi memastikan tiada individu yang terpinggir daripada mendapat bantuan yang sewajarnya.

Dengan usaha berterusan seperti ini, beliau berharap agar kesejahteraan rakyat di kawasan Sena terus terbela dan kebajikan mereka sentiasa menjadi keutamaan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments