Isteri YB ADUN Kayang, Puan Syazwani Binti Bakar, bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis, Cikgu Syahirah Binti Mat Salleh, turun padang menyantuni kaum wanita dalam program Sinar Ramadan DUN Kayang, pada 27 Februari 2025 lalu.
Menerusi program ini, mereka berkesempatan mengunjungi beberapa kediaman di sekitar DUN Kayang, menyantuni serta menyampaikan sumbangan set barang dapur kepada golongan wanita, khususnya warga emas yang serba keuzuran.
Mereka juga sempat meluangkan masa berbual dan bertanya khabar kepada warga emas yang dilawati sebagai tanda keperihatinan terhadapan mereka.
Menurut Syazwani inisiatif ini adalah kerjasama Pusat Khidmat Adun Kayang dan pihak Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis.
“Semoga dengan inisiatif ini, lebih ramai dapat menikmati keberkatan Ramadan dan mereka yang disantuni dikurniakan kesihatan yang baik serta berpanjangan,” ujarnya.