Dalam usaha menyemarakkan semangat Ramadan, YB Asrul Aimran Bin Abd Jalil, ADUN Kayang turun padang menyantuni penduduk Kampung Behor Temak melalui program ziarah dan sumbangan kebajikan.
Kunjungan ini bertujuan untuk menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan, termasuk warga emas, pesakit kronik, dan golongan kurang berkemampuan.
Dalam salah satu kunjungan, beliau meluangkan masa berbual mesra dengan sebuah keluarga yang menjaga ahli keluarga mereka yang uzur, memberikan kata-kata semangat dan dorongan.
“Ramadan adalah bulan untuk memperbanyakkan amal kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan,” ujarnya.
Tambahnya beliau berharap program ziarah ini dapat membawa kegembiraan kepada penerima serta mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat.
Selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas, beliau turut mendengar sendiri luahan dan keperluan penduduk bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Penduduk kampung menyambut baik inisiatif ini dan berharap agar lebih banyak program kebajikan dapat dilaksanakan pada masa akan datang.