Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Kayang dengan kerjasama Unit Transfusi Hospital Tuanku Fauziah (HTF) akan menganjurkan program Jom Derma Darah Edisi Khas Ramadan.
Bertarikh 27 Mac 2025 (Khamis) dan bermula masa 8.30 malam hingga 11.30 malam, di Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
“Seiring dengan keberkatan 10 malam terakhir Ramadan, inilah peluang kita untuk beramal sambil membantu mereka yang memerlukan,” ujar Asrul Aimran melalui hantaran Facebook beliau.
Menurutnya, jumlah penderma darah semakin berkurang, namun pesakit di hospital, ibu bersalin, mangsa kemalangan dan mereka yang memerlukan pembedahan masih amat memerlukan bekalan darah.
Pihak PKWR Kayang dalam pada itu turut menyediakan cenderahati istimewa kepada 30 orang penderma pertama.
Orang ramai boleh mendaftar melalui Google Form melalui pautan berikut: https://forms.gle/YbiunPLSXCSwVyfv9