Friday, 23 May, 2025
HomeKebajikanADUN KAYANG TURUN PADANG KENAL PASTI KEPERLUAN WARGA EMAS UZUR

ADUN KAYANG TURUN PADANG KENAL PASTI KEPERLUAN WARGA EMAS UZUR

YB Asrul Aimran Bin Abd Jalil, ADUN Kayang, meluangkan masa menyantuni dan menziarahi penduduk pada 16 Mac 2025, Ahad di Kampung Tok Kaya, Kayang, dalam usaha menyampaikan keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat setempat.

Dalam kunjungan tersebut, YB Asrul Aimran sempat beramah mesra serta mendengar sendiri keluhan dan keadaan kehidupan penduduk, khususnya mereka yang diuji dengan pelbagai kesulitan.

Lawatan ini juga bertujuan untuk mengenal pasti keperluan asas yang boleh dibantu agar kehidupan mereka lebih terjaga.

“Alhamdulillah, anak-anak mengambil tugas bergilir-gilir mengurus makan minum dan menemani di rumah,” kata salah seorang ahli keluarga yang diziarahi, menzahirkan kesyukuran atas keprihatinan anak-anak dalam menjaga kebajikan ibu bapa mereka.

Terdahulu, Asrul Aimran turut singgah menunaikan solat Zohor di Masjid Al-Aziz, Kampung Tok Kaya, sebelum dimaklumkan oleh jemaah mengenai beberapa ahli keluarga yang sedang diuji dengan musibah.

“Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada mereka yang menghadapi ujian ini serta memberikan kemudahan dalam setiap urusan kehidupan mereka,” ujarnya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments