Friday, 23 May, 2025
HomeRakyatTERIMA KASIH MB MAI BUKA PUASA BERSAMA RAKYAT- ADUN SANTAN

TERIMA KASIH MB MAI BUKA PUASA BERSAMA RAKYAT- ADUN SANTAN

ADUN Santan, YB Muhammad Azmir Azizan merakamkan penghargaan buat YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli diatas kesudian hadir untuk berbuka puasa bersama-sama masyarakat kariah Masjid Nurus Said, Santan pada hari Rabu, 19 Mac 2025 yang lalu.

Kehadiran Mohd Shukri Ramli ke majlis berbuka puasa ini amat dihargai oleh penduduk setempat, kerana kehadiran beliau langsung tidak dirancang dan dimaklumkan pada saat akhir.

Pengerusi Masjid Nurus Said, Santan, Tuan Haji Ahmad Mahyidin Mohamad berkata, “Majlis buka puasa petang ini amat bermakna dengan kehadiran MB.”

“Meskipun pihak kami dimaklumkan saat akhir. Namun, pihak masjid dan penduduk setempat amat menghargai dengan kehadiran MB,” tambahnya.

Majlis berbuka puasa ini juga diserikan dengan penyampaian sumbangan masjid kepada golongan yang memerlukan.

Seramai 10 orang penerima telah mendapat sumbangan berupa pek makanan tajaan masjid yang disampaikan oleh ADUN Santan, YB Muhammad Azmir Azizan.

Dalam ucapannya, Muhammad Azmir Azizan berharap agar, inisiatif dan aktiviti serta majlis seperti ini dapat diteruskan terutamanya di semua masjid dalam DUN Santan demi kebaikan seluruh lapisan masyarakat di DUN Santan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments