Friday, 23 May, 2025
HomeAgamaADUN KAYANG SERTAI TADARUS AL-QURAN DI MASJID BEHOR TEMAK

ADUN KAYANG SERTAI TADARUS AL-QURAN DI MASJID BEHOR TEMAK

Semangat mengimarahkan bulan Ramadan terus subur dalam kalangan masyarakat apabila program tadarus Al-Quran berjemaah diadakan di Masjid Al-A’la, Behor Temak, DUN Kayang.

Program ini turut dihadiri oleh YB Asrul Aimran Bin Abd Jalil, ADUN Kayang, yang bersama-sama jemaah menyertai sesi tadarus selepas Solat Zohor berjemaah.

Kehadiran beliau memberi semangat kepada para peserta untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran sepanjang bulan yang mulia ini.

Aktiviti ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan jemaah, malah memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki bacaan serta bertadarus secara beramai-ramai.

YB Asrul Aimran dalam ucapannya menyatakan sokongan penuh terhadap program-program keagamaan seperti ini dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan kecintaan terhadap Al-Quran dan menghidupkan amalan di bulan Ramadan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments