Friday, 23 May, 2025
HomeUmumPEMADAM, AADK PERLIS UTARA EDAR 400 BUBUR JALINAN MESRA RAMADAN

PEMADAM, AADK PERLIS UTARA EDAR 400 BUBUR JALINAN MESRA RAMADAN

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Perlis Utara telah menganjurkan Program Jalinan Mesra Ramadan Bersama Komuniti di perkarangan Stesen Minyak CALTEX Beseri Permai semalam.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta memperkukuhkan hubungan antara pihak berkuasa dengan komuniti setempat.

Menurut Mohd Hisyamudin dari Unit Pencegahan AADK Perlis Utara, program sebegini amat penting dalam membina hubungan erat dengan masyarakat, selain menggalakkan kerjasama dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah di kawasan setempat.

Sebagai inisiatif program ini, lebih 400 pek bubur lambuk dan kurma telah diedarkan kepada orang ramai.

Turut hadir, Saudara Mustaqim Abdullah mewakili Menteri Besar Perlis, YB Rushdan Rusmi (Ahli Parlimen Padang Besar), Haziq Asyraf (Wakil Rakyat DUN Beseri), Wan Badariah (Wakil Rakyat DUN Mata Ayer) serta Saudara Abdul Hadi mewakili PEMADAM.

Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara masyarakat dan pihak berkuasa tetapi juga menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan Ramadan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments