Friday, 23 May, 2025
HomeUmumBERSAMA MEMACU PERLIS: EKONOMI KUKUH, RAKYAT MAKMUR

BERSAMA MEMACU PERLIS: EKONOMI KUKUH, RAKYAT MAKMUR

Perlis terus mengorak langkah menuju masa depan yang lebih cerah dengan pelaksanaan transformasi besar dalam pembangunan negeri.

Dengan slogan “Perlisku Bestari Berkat Lestari”, negeri ini kini memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, daya huni, serta kemampanan yang menyeluruh.

Perubahan ini bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi juga merangkumi aspek ekonomi yang berdaya saing serta persekitaran yang lestari dan pintar.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) yang sedang dilaksanakan oleh PLANMalaysia menyasarkan Perlis untuk menjadi sebuah negeri progresif, sejahtera, dan berpendapatan tinggi.

Usaha ini bertujuan meningkatkan daya saing negeri dengan memacu pertumbuhan ekonomi, memperkukuh kemampanan serta mempertingkatkan kecekapan teknologi pintar bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Menurut YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, setiap jabatan dan agensi kerajaan digesa untuk bersama-sama menyumbang idea serta pandangan dalam pembangunan negeri.

Beliau menekankan kepentingan pendekatan “people-centric” yang memberi ruang kepada penglibatan rakyat dalam setiap aspek pembangunan, terutamanya dalam perancangan bandar pintar dan ekosistem yang dapat dikongsi bersama.

“Setiap pihak perlu memainkan peranan aktif dalam memastikan Perlis mencapai status negeri maju yang berdaya tahan serta mampan.

“Melalui usaha kolektif dan penglibatan rakyat, kita mampu merealisasikan aspirasi untuk menjadikan Perlis sebagai negeri contoh dalam pembangunan bersepadu,” ujar beliau dalam Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis pagi tadi.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments