Friday, 23 May, 2025
HomeAgamaRAMADAN BULAN IBADAH, JAGA KEBAJIKAN SESAMA INSAN - ADUN SENA

RAMADAN BULAN IBADAH, JAGA KEBAJIKAN SESAMA INSAN – ADUN SENA

Majlis Penutupan Tadarus dan Khatam Al-Quran Muslimat Masjid Al-Amin berlangsung dengan penuh keberkatan pada 18 Mac, dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, YB Datin Marzita Mansor.

Dalam ucapannya, YB Datin Marzita menzahirkan penghargaan kepada Pengerusi serta Jawatankuasa Masjid Al-Amin atas jemputan ke program tersebut.

Beliau turut menekankan kepentingan tadarus Al-Quran bukan sahaja sebagai ibadah membaca, tetapi juga dalam memahami dan mengamalkan ajaran suci Kitabullah dalam kehidupan seharian.

“Tadarus Al-Quran bukan sekadar membaca, tetapi juga memahami dan menghayati maknanya serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan,” menurutnya.

Tambah beliau setiap huruf yang dibaca menjanjikan ganjaran besar, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Selain itu, YB Datin Marzita turut mengajak masyarakat untuk terus mengimarahkan Ramadan bukan hanya dengan ibadah, tetapi juga dengan menjaga kebajikan sesama insan.

“Di samping mengimarahkan Ramadan dengan ibadah, kita juga perlu cakna terhadap kebajikan masyarakat sekeliling. Jika ada yang memerlukan bantuan, marilah kita berganding bahu membantu mereka, kerana ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’,” tambahnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis tersebut dan berharap semangat kecintaan kepada Al-Quran akan terus subur dalam jiwa umat Islam sepanjang tahun, bukan hanya di bulan Ramadan.

Majlis ini diakhiri dengan sesi bacaan doa penutup majlis bersama para peserta yang telah menyempurnakan khatam Al-Quran.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments