Friday, 23 May, 2025
HomeKomunitiMB HADIR BERBUKA PUASA DI MASJID NURUSSAID, SANTAN

MB HADIR BERBUKA PUASA DI MASJID NURUSSAID, SANTAN

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, secara mengejut hadir untuk berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib bersama jemaah di Masjid Nurussaid, Santan semalam (19 Mac 2025).

Kehadiran beliau disambut mesra oleh Pengerusi masjid, Cikgu Din, serta kira-kira seramai 90 orang jemaah hadir memeriahkan suasana majlis iftar tersebut.

Menurut Mohd Shukri Ramli, kehadiran beliau pada petang itu bukanlah sesuatu yang dirancang lebih awal.

“Sebenarnya, saya tidak merancang untuk datang, tetapi tiba-tiba teringat bahawa masjid ini sudah beberapa kali menjemput saya.

“Namun, sebelum ini saya tidak berkesempatan.

“Kebetulan kelmarin jadual saya kosong, jadi saya ambil peluang untuk turun dan luangkan masa bersama,” katanya.

Ketibaan beliau membawa suasana ceria dalam kalangan jemaah yang tidak menyangka akan berpeluang berbuka puasa bersama pemimpin negeri.

Pengerusi Masjid Nurussaid, Cikgu Din, turut mengucapkan penghargaan atas kesudian beliau meluangkan masa bersama masyarakat setempat.

Majlis berbuka puasa berjalan dalam suasana penuh kebersamaan, diikuti dengan solat Maghrib berjemaah.

Kehadiran mengejut ini mencerminkan sikap pemimpin yang dekat dengan rakyat dan menghargai usaha komuniti dalam mengimarahkan masjid.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments