Friday, 23 May, 2025
HomeAgamaIFTAR ADUN SANTAN BERSAMA RAKYAT DI MASJID DAN SURAU

IFTAR ADUN SANTAN BERSAMA RAKYAT DI MASJID DAN SURAU

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Muhammad Azmir Azizan hadir berbuka puasa bersama rakyat di dalam DUN Santan di beberapa masjid dan surau dalam DUN Santan.

Inisiatif menghadiri majlis berbuka puasa di salah sebuah masjid atau surau bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat, serta mengeratkan silaturrahim antara penduduk setempat yang pelbagai lapisan umur.

Antara lokasi yang telah Muhammad Azmir Azizan hadir berbuka puasa ialah, Surau PASTI Nurul Hayah, Santan dan Masjid Nurus Said, Santan, serta menghantar wakil Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Santan ke Masjid Al Kautsar, Kampung Paya.

Selain berbuka puasa bersama, Muhammad Azmir Azizan turut diberi peluang untuk menyampaikan ucapan buat seluruh lapisan masyarakat apabila menghadiri majlis berbuka puasa bersama.

“Saya mengajak semua lapisan masyarakat untuk terus memperkukuhkan semangat kebersamaan dan saling membantu terutama di bulan yang penuh barakah ini”-ujar Muhammad Azmir Azizan

Muhammad Azmir Azizan juga berharap, agar semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap sesama insan dapat terus dipupuk dalam kalangan masyarakat setempat, meskipun Ramadan akan berlalu pergi.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments