YB Izizam Ibrahim, ADUN Titi Tinggi dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Titi Tinggi menyediakan 400 helai baju raya percuma kepada golongan yang memerlukan.
Menurut beliau, sumbangan ini terbuka kepada orang ramai, namun keutamaan akan diberikan kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim, orang kurang upaya, ibu tunggal dan golongan asnaf.
“Ini sudah masuk tahun yang ketiga kita anjurkan program seperti ini, Pada tahun lepas kita berjaya serahkan hampir 300 helai baju” ujar beliau.
Tambah beliau lagi, “Alhamdulillah pada tahun ini kita dapat menyediakan baju kepada golongan dewasa juga, pada tahun sudah kita hanya dapat menyediakan baju kepada kanak-kanak saja.”
Selain itu, kepada pemohon atau ibubapa yang hadir diingatkan untuk membawa Pengenalan Diri untuk dewasa dan MyKid atau Sijil Lahir bagi kanak-kanak sebagai rekod kepada pegawai pusat khidmat yang bertugas.