Ziarah kasih Ramadan telah menjadi rutin tahunan buat YB Muhammad Azmir Azizan, ADUN Santan apabila tibanya bulan Ramadan pada setiap tahun.
Namun pada tahun ini agak sedikit berlainan, apabila sebuah entiti kelab motosikal iaitu Alternative Riding Club (ARC) Perlis telah memilih untuk bersama dengan Muhammad Azmir Azizan mengadakan ziarah kasih khas Ramadan di DUN Santan.
Menurut Setiausaha ARC Perlis, Irzan Ashraf, “Program ziarah kasih bulanan ARC Perlis ini telah dilangsungkan buat kali keempat pada tahun ini.
Kali pertama kita telah adakan pada Disember 2024 di DUN Beseri, Parlimen Padang Besar. Selepas itu, Januari 2025 kita ke DUN Indera Kayangan, Parlimen Kangar dan terakhir pada bulan lepas Februari 2025 kita ke DUN Sanglang, Parlimen Arau.”
Muhammad Azmir turut menyatakan penghargaan dan terima kasih buat ARC Negeri Perlis, “Terima kasih saya ucapkan buat ARC Perlis kerana memilih DUN Santan sebagai kawasan ziarah bulanan bagi bulan Mac ini.”
Tambah Muhammad Azmir Azizan lagi, “Ziarah bulanan ARC Perlis ini juga menjadi sebahagian dari ziarah kasih Ramadan bagi DUN Santan, apabila kerjasama diantara Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Santan dan ARC Perlis dapat dijayakan pada petang ini 16 Mac 2025”.