Thursday, 22 May, 2025
HomeKebajikanMOREH AIS KRIM MELEPAS LELAH SESUDAH TARAWIH

MOREH AIS KRIM MELEPAS LELAH SESUDAH TARAWIH

Pada 17 Mac 2025, YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bersama EXCO Hal Ehwal Agama, YB Muhammad Azmir Azizan dan ADUN Titi Tinggi, YB Izizam Ibrahim hadir dalam program Solat Tarawih Bersama YAB & YB-YB di Masjid Al Mustaqim, Felda Rimba Mas.

Mengambil kesempatan mencereriakan jemaah yang hadir, Izizam Ibrahim telah menyediakan aiskrim secara percuma untuk dinikmati selepas lelah menunaikan solat Tarawih.

“Saya seronok bila tengok orang tempatan tersenyum sambil makan aiskrim bersama rakan dan keluarga, terutama kanak-kanak yang datang bersolat tarawih,” katanya.

Pilihan hidangan yang unik ini pastinya menarik perhatian ramai, terutamanya kanak-kanak, dan mewujudkan suasana yang ceria dan mesra.

“Semoga acara ini menjadi pencetus kepada lebih banyak program kebajikan dan acara komuniti di masa hadapan, mengukuhkan hubungan antara rakyat dan pemimpin, serta memperkukuh perpaduan dalam masyarakat,” tambahnya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments