Friday, 23 May, 2025
HomeAgamaIMARAHKAN MASJID HINGGA PENGHUJUNG RAMADAN DAN SETERUSNYA - MB PERLIS

IMARAHKAN MASJID HINGGA PENGHUJUNG RAMADAN DAN SETERUSNYA – MB PERLIS

“Bulan Ramadan ni, kita bagi penuh masjid. Bagi ramai sampai ke penghujung. Dan bawa semangat ni sampai ke selepas Ramadan pula. ”

“Insya-Allah, ada keberkatan kehidupan di situ” ujar YAB Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, kepada jemaah selepas solat tarawih di Masjid Al Mustaqim, Felda Rimba Mas.

Solat tarawih yang berlangsung pada 17 Mac ini juga dihadiri oleh EXCO Hal Ehwal Agama, Ustaz Azmir Azizan, serta ADUN Titi Tinggi, Izizam Ibrahim.

Pesanan ini menekankan kepentingan mengekalkan semangat beribadah bukan sahaja dalam bulan mulia ini, tetapi juga sepanjang tahun.

Mohd Shukri juga sempat menyampaikan sumbangan Zakat Harta daripada Koperasi Felda Rimba Mas kepada 15 orang asnaf usai ucapan beliau.

Majlis diteruskan dengan sesi moreh yang lebih istimewa apabila jemaah dihidangkan dengan aiskrim tajaan YB Izizam.

Sajian ringan ini bukan sahaja menyegarkan tetapi turut bantu mengeratkan ukhuwah dalam kalangan penduduk.

Kehadiran Mohd Shukri Ramli & barisan YB-YB dalam solat tarawih dan sesi moreh ini bukan sekadar tanda kepimpinan yang dekat dengan rakyat, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memastikan masjid terus menjadi pusat pembangunan masyarakat sepanjang masa, bukan hanya dalam bulan Ramadan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments