“Terima kasih Muslimat, gulai sangat sedap”, puji YAB Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, ketika mengakhiri majlis iftar di Masjid Al Husna, Batu Bertangkup.
Ucapan itu bukan sekadar kata-kata, tetapi sebagai satu penghargaan terhadap usaha Muslimat yang bertungkus-lumus menyediakan juadah berbuka puasa untuk para jemaah.
Majlis iftar yang berlangsung pada 17 Mac 2025 ini telah dihadiri seramai 80 orang.
Turut hadir dalam majlis iftar tersebut, ADUN Chuping, Saad Seman serta EXCO Hal Ehwal Agama, Ustaz Azmir Azizan.
Selain menikmati juadah yang disediakan, majlis ini turut menjadi ruang untuk memperkukuh ukhuwah antara pemimpin dan rakyat.