Friday, 23 May, 2025
HomeUmumIFTAR SANTAI MINI PUTRAJAYA MERIAH MESKIPUN HUJAN LEBAT

IFTAR SANTAI MINI PUTRAJAYA MERIAH MESKIPUN HUJAN LEBAT

Meskipun hujan lebat melanda, sekitar 250 orang pengunjung tetap hadir bagi memeriahkan Majlis Iftar Santai @ Mini Putrajaya yang berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, petang Jumaat lepas (14 Mac 2025).

Majlis ini menjadi lebih istimewa apabila orang ramai membawa juadah masing-masing, malah ada yang membawa lebih untuk dikongsi bersama hadirin lain.

Selain itu, beberapa pihak juga tampil menyumbangkan makanan bagi menambah kemeriahan suasana berbuka puasa secara berjemaah.

Sebelum berbuka puasa bersama, acara dimulakan dengan alunan bacaan suci al-Quran oleh pelajar dari Sekolah SRI 1.

Seusai berbuka, para jemaah menunaikan solat Maghrib, Isyak serta solat Tarawih secara berjemaah di ruang legar Kompleks DUN.

Majlis turut disusuli dengan sesi moreh bagi mengeratkan lagi silaturahim antara pengunjung yang hadir.

Penganjur majlis berbuka puasa ini, juga merangkap sebagai Exco Agama Negeri Perlis, Ustaz Azmir Azizan, turut menyatakan rasa syukur atas kelancaran majlis walaupun terdapat perubahan lokasi akibat hujan lebat.

“Alhamdulillah, walaupun cuaca tidak mengizinkan, semuanya berjalan lancar juga akhirnya.

“In Syaa Allah, tahun depan kita akan buat penambahbaikan untuk meneruskan program tahunan ini” katanya.

Kehadiran orang ramai bersama keluarga dan rakan-rakan membuktikan majlis ini bukan sekadar acara berbuka puasa, tetapi juga satu platform dalam mengukuhkan hubungan sesama komuniti.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments