Thursday, 22 May, 2025
HomeKebajikanADUN MATA AYER KONGSI REZEKI MELALUI PROGRAM SINGGAH SAHUR

ADUN MATA AYER KONGSI REZEKI MELALUI PROGRAM SINGGAH SAHUR

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Wan Badariah Wan Saad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, meneruskan tradisi berkongsi rezeki dengan petugas-petugas keselamatan melalui Program Singgah Sahur.

Pada 8 Mac lalu, beliau bersama beberapa Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah mengedarkan 55 pek makanan sahur kepada petugas-petugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, Cawangan Trafik IPD Arau, Bali Polis Mata Ayer dan Kem Bukit Cowder.

Edaran makanan untuk Singgah Sahur kali kedua pula diadakan pada 16 Mac seawal 4.30 pagi, dengan jumlah pek makanan yang sama telah ditempah untuk disampaikan kepada mereka.

Program ini bukan sahaja menyantuni petugas, tetapi juga mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan komuniti setempat.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments