ADUN Kuala Perlis meneruskan aktiviti wajibnya dalam membantu pesakit terlantar serta masyarakat yang memerlukan.
Lawatan yang diketuai oleh YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah ini turut disertai oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis, En. Khairune Saad.
Pada 11 Mac 2025, beberapa individu yang telah dikenal pasti dalam senarai DUN Kuala Perlis menerima kunjungan tersebut.
Bagi mereka yang layak, borang permohonan bantuan JKM diserahkan terus untuk diisi bagi memudahkan proses permohonan.
Lawatan ini bertujuan menyalurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan serta mempererat hubungan silaturahim antara penduduk Kuala Perlis dan wakil rakyat mereka.
Pada masa yang sama, ia juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepada Abu Bakar sebagai wakil rakyat.
Sebagai tanda keprihatinan, sumbangan bakul makanan turut diserahkan kepada keluarga yang dikunjungi.
Abu Bakar berharap agar lebih banyak keluarga yang disenaraikan dapat menerima bantuan pada masa akan datang.
Beliau juga telah menggerakkan pasukan Task Force untuk mengenal pasti lebih ramai penerima yang layak bagi memastikan tiada keluarga yang terpinggir daripada menerima bantuan yang sewajarnya.