YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, mengajak seluruh rakyat negeri ini untuk menyertai Iftar Santai @ Mini Putrajaya yang akan berlangsung pada hari Jumaat (Petang), 14 Mac 2025, di Dataran Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar.
Majlis berbuka puasa ini dijangka bermula jam 6.30 petang, dan orang ramai digalakkan untuk membawa makanan sendiri bagi dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain.
Tahun lalu (29 Mac 2024), majlis ini terpaksa berlangsung di dalam Kompleks DUN kerana hujan lebat sejak jam 5.00 petang.
Meskipun begitu, seramai 300 orang tetap hadir dan memenuhi ruang legar Tingkat 1 untuk berbuka puasa bersama.
“Tahun ini, jika cuaca mengizinkan, kita akan berbuka di dataran seperti yang dirancang supaya suasana lebih terbuka dan meriah,” kata YAB Mohd Shukri Ramli.
Pada 18 April 2023, Majlis Iftar ini menyaksikan kehadiran lebih ramai pengunjung apabila majlis berlangsung di luar bangunan dalam keadaan cuaca yang baik.
Penganjur berharap perkara yang sama dapat direalisasikan pada tahun ini.
Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menghidupkan semangat Ramadan serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.