Exco Pertanian, Perladangan dan Kepenggunaan merangkap ADUN Simpang Empat, Razali Saad telah menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada 28 orang pendidik baru-baru ini.
Sekolah yang terlibat ialah Madrasah Ad Diniah Al-Islamiah (MADI) Kampung Jejawi, dan PASTI Al-Hasanah di Kampung Sungai Baru, Simpang Empat.
Sumbangan kepada pendidik ini bertujuan meringankan beban mereka dalam menjalani ibadah Ramadan dan sebagai menghargai jasa para pendidik yang berkhidmat dalam membangunkan institusi Pendidikan Islam.
Menurut Razali dia berharap agar sumbangan ini dapat membantu dalam persiapan menyambut Ramadan dan memberi keceriaan kepada penerima.
“Program sebegini selari dengan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam membantu masyarakat setempat di bawah gagasan “Perlisku Bestari, Berkat Lestari,” ujarnya.